klpost

Maria Farida menang kes saman

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Pelakon Datin Maria Farida atau nama sebenarnya, Maria Faridah Atienza menang kes saman yang difailkan terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atas tuduhan mengganggu privasinya sekitar penghujung tahun lalu.

Maria, 47, berkata, dia berasa lega kerana kemenangan tersebut akhirnya membuktikan bahawa dirinya berada di pihak yang benar.

“Alhamdulillah, segalanya telah selesai.

“Selepas hampir dua tahun diganggu dan difitnah, kebenaran akhirnya berpihak pada saya,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Dalam pada itu, Maria berkata, dia masih belum menentukan jumlah tuntutan yang akan dibuat daripada Hadijah.

“Saya dan peguam akan menentukan jumlah kerugian dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon drama Lara Aishah itu memfailkan saman terhadap Hadijah kerana wanita tersebut berterusan membuat pelbagai tuduhan terhadapnya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Gangguan yang dilakukan sejak tahun 2015 itu berterus walaupun Maria telah berumah tangga dengan suaminya, Datuk Rahman Shakur pada November 2015. – Kosmo