SK

Mantan MB Perak Nizar mendatang kemurkaan, menghina rakyat dan kedaualatan negeri Johor – Sultan Johor

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Johor (Jun,14) Semasa pembukaan sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar pagi ini, DYMM Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah bahawa Mantan MB Nizar Jamaluddin bukan sahaja mendatang kemurkaan kepada baginda, malah membelakangkan adat resam orang Melayu, menghina rakyat dan kedaualatan negeri Johor.

Ini merupakan kali pertama baginda menzahirkan kemurkaan baginda, pada tweet Nizar, yang dikeluarkan dalam sosial media tiwtter dua minggu lepas.

Baginda juga membangkitkan usaha pihak tertentu untuk mengugat perpaduan dengan menabur fitnah, dalam usaha menjana pengaruh politik sempit mereka. Dalam titah ini juga, baginda mengesa agar keamanan sentiasa dijaga dan kestabilan dikekalkan agar kemakmuran yang telah dinikmati selama ini dapat dikekalkan.

Mesej jelas dalam titah ini amat relevan, terutama perkembangan politik oleh Pembangkang dalam empat tahun kebelakangan ini. Semenjak meraih sedikit pengaruh sesama PRU 12 8 Mac 2008, Pembangkang semangkin angkuh dan konsisten mencabar kesabaran majoriti.

Ini jelas semasa perasmian DUN sekarang ini empat tahun dahulu, ADUN DAP mewakili Bentayan Gwee Tong Hiang enggan memakai songkok walaupun dalam majlis rasmi dimana DYMM Tuanku Sultan Johor mencemar duli untuk merasmikan. Pengerusi PKR Chua Jui Meng juga secara terang terang mengadakan ceramah politik apabila Tuanku Sultan Johor menarik semula darjah kebesaran SPMJ yang membawa gelaran ‘Dato’.

Sepanduk PKR ini keluar berleluasa dibeberpa kawasan serata Johor, setelah darjah kebesaran SPMJ Chua Jui Meng ditarik semula oleh Sultan Johor

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga semasa dalam sessi pertemuan diluar negara telah mengeluarkan kenyataan memperkecilkan Johor sehingga Tuanku Sultan Johor tersinggung dan murka. ADUN Bentayan Gwee merupakan protege’ Lim di Johor.

Usaha Pembangkang secara sistematik menghina DYMM Raja Raja Melayu jelas menunjuk sikap mereka sebagai golongan minoriti yang tidak menghormati mana mana pihak, mengatur langkah dan mencabar kesabaran dan seterusnya kedudukan majoriti. Ini termasuk kesediaan menggunakan peruntukan undang undang bertindak keatas mereka, yang akan digunakan sebagai moal bagi memaparkan bahawa ‘majoriti menindas minoriti’.

Ini adalah ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Baginda sebenarnya mempunyai asas kukuh untuk bertitah demikian dan agar rakyat menolak ‘Politik Kebencian’ ini dan mengekalkan rasa menghormaati, perpaduan dan yang paling penting, keluhuran undang undang sebagai tunggak kestabilan perjalanan masyarakat. Ini merupakan kali ketiga baginda menitahkan mesej yang sama, dalam tempoh sebulan.

Baginda juga merakamkan bahawa Johor telah mendapat kesan dari program transformasi ekonomi yang dijana oleh Kerajaan Persekutuan.