klpost2

Mangsa maut, mengikut isteri pulang rumah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kuala Lumpur  –  Seorang lelaki yang sedang mengekori kereta isterinya untuk pulang ke rumah meninggal dunia selepas tiba-tiba diserang sakit jantung, malam kelmarin.

Malah, kereta dipandu mangsa, Lee Lit Wai, 43, turut merempuh belakang kereta dipandu isterinya sebaik diserang penyakit itu ketika mereka berada di Jalan Kepong Baru, jam 9.30 malam.

Sebelum kejadian, mangsa, isteri dan keluarga isteri baru selesai makan malam.

Abang ipar mangsa yang enggan dikenali berkata, selesai menikmati hidangan, adik ipar dan adik perempuannya pulang ke rumah mereka di Taman Seri Gombak dengan memandu kereta masing-masing.

Katanya, adik iparnya yang memandu Nissan Sentra memandu secara perlahan sambil mengekori kereta dipandu isterinya, Honda CRV.

“Bagaimanapun, tidak sampai 10 minit perjalanan, adik saya terkejut selepas suaminya melanggarnya dari belakang di Jalan Kepong Baru. Apabila turun untuk melihat suami, dia terkejut suaminya tidak sedarkan diri,” katanya.  – hmetro