klpost2

Mandul jika rogol, negara bersuara

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Warga India, berdemonstrasi menuntut semua pelaku pemerkosaan hendaklah dimandulkan. Protes ini dilancarkan oleh mereka selepas terjadinya pemerkosaan yang dilakukan sekumpulan lelaki terhadap seorang pelajar perubatan di salah satu bas awam di New Delhi beberapa hari lalu.

Selain memperkosa, kumpulan lelaki tidak bermoral itu juga memukul kekasih si mahasiswa dengan kejam.

Sejak insiden “gang rape” didalam bas itu tersebar, seluruh warga India marah dan menuntut polis untuk bertindak tegas terhadap pelaku pemerkosaan.

Seperti dilaporkan Guardian, selama ini pihak polis India sering meremehkan kes gangguan seksual yang dialami kaum wanita. Jumlah kes rogol setiap tahun meningkat, 635 kes (2012) dan 572 kes (2011).

Dilaporkan,  empat orang dari enam perogol itu kini sudah ditahan polis. Namun, ini tidak meredakan emosi warga India yang selama ini kesal dengan prestasi polis di negara berpenduduk kedua terbesar di dunia itu. -malaysianinstinct