klpost

Mahadzir Lokman sedar dari koma

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Kuala Lumpur
– Keadaan kesihatan personaliti televisyen, Datuk Mahadzir Lokman menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh bercakap.

Menurut adiknya, Daniel Lokman, ayat pertama yang keluar dari mulut personaliti berusia 60 tahun itu adalah ungkapan “sesiapa tolong bawa jubah tidur dan berus gigi saya ke hospital.”

“Alhamdulillah, abang saya telah sedar dari koma dan menunjukkan perkembangan positif pada hari ini apabila sudah boleh bercakap.

“Namun, keadaannya masih di bawah pemantauan doktor yang menjaganya,” katanya menerusi satu kiriman WhatsApp kepada Kosmo! sebentar tadi. – Kosmo