klpost

Lisa Surihani tidak tahu siapa penerbit – iklan mempromosikan Barisan Nasional

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Lisa Surihani menafikan bahawa beliau membuat iklan mempromosikan Barisan Nasional. Kata beliau, iklan itu sebenarnya daya penarik bagi rakyat Malaysia turun mengundi. Iklan ‘Saya Pilih Malaysia’ telah menjadi kontroversi apabila ada pihak yang menyatakan iklan itu lebih kepada mempromosi BN.

Pelakon Lisa Surihani mendakwa beliau tidak tahu siapa penerbit kempen misteri ‘Saya Pilih Malaysia’ yang mula kelihatan dalam akhbar arus perdana dan saluran TV nasional bulan lepas.

Menurut Lisa, iklan kempen itu ditawarkan kepadanya menerusi agensi dan beliau menerimanya kerana mesej berkenaan hak mengundi daripada sudut demokrasi yang disampaikan iklan tersebut.

“Secara jujurnya, saya tidak tahu (siapa penerbitnya). Itu diuruskan pihak agensi.”Bagi saya, saya OK kalau kita kongsi dengan rakyat yang kita punyai hak demokratik dan mengamalkannya.

“Itu sebab saya lakukan (terima iklan itu),” kata Lisa sewaktu ditanya tentang penglibatannya dalam iklan itu.

Pertengahan Julai lalu, iklan setengah muka dan iklan penuh warna ‘Saya Pilih Malaysia’ menghiasi akhbar arus perdana dan ditayangkan pada waktu perdana di semua saluran TV utama.

Bagaimanapun, iklan itu tidak jelas menyatakan kecenderungan kepada mana-mana parti politik.

Mengulas penggunaan perkataan ‘keamanan’, ‘kemajuan’, ‘kestabilan’ dan ‘perpaduan’ dalam iklan itu yang dilihat senada dengan kempen BN, Lisa menegaskan peranannya hanya menggalakkan penonton keluar mengundi dan bukan siapa yang perlu diundi.

“Bahagian saya, saya beritahu mereka (penonton) yang mereka ada kuasa untuk bersuara. Anda ada hak itu, dan gunakannya.

“Tetapi, saya tak akan beritahu secara langsung siapa yang anda perlu undi.

“Kerana saya sendiri pun tak beritahu siapa yang saya undi,” katanya sewaktu ditemui selepas majlis Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) bersama menteri di Kuala Lumpur malam tadi. seterusnya

Puak Pembangkang ni takut sebenarnya.. kalau tak takut takkanlah mereka sebegitu risau. Hinggakan iklan untuk promosi mengundi pun dorang kata nak pancing undi BN. Akai ada ka? -kedahkekl