klpost2

Lindsay enggan mencium Charlie

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Bukan Lindsay Lohan (Lilo) namanya kalau dia tak mengundang kontroversi ataupun…berlagak diva. Kali ini kontroversi yang dicetuskan ialah sewaktu membintangi filem terbaru, Scary Movie 5.

Menurut laporan TMZ.com, aktres berusia 26 tahun itu menolak untuk melakukan adegan bercium dengan pasangannya dalam filem tersebut iaitu pelakon Charlie Sheen.

Ini disebabkan dia merasa jijik dengan masa lalu Charlie yang suka bersosial dan berganti-ganti pasangan – Lilo pun, apa kurangnya.

Menurut sumber yang terlibat dalam produksi film tersebut, sebelum ini Lindsay ada mengingatkan produser agar tidak memasukkan adegan mesra diantara dia dengan Charlie. Tapi permintaan Lindsay sepertinya tidak diendahkan.

Pun begitu, laporan juga menyebut sebelum Lindsay bersetuju untuk menerima tawaran berlakon dalam filem berkenaan, dia dan Charlie ada menandatangani kontrak yang menerangkan bahwa kedua-duanya tidak mengidap apa-apa penyakit.

Mengenai sikap Lindsay, aktor yang popular menerusi sitkom Two and a Half Men itu setakat ini belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Gambar pertama dari Charlie dan Lindsay sebagai cameo di filem tersebut telah disiarkan Dimension Films pada September lalu. Foto tersebut memperlihatkan kedua bintang itu sedang di atas katil – seperti baru saja bangun tidur. Lindsay yang mengenakan lingerie hitam nampak panik apabila melihat seorang lelaki berada di sisinya.

Scary Movie 5 dijangka ditayangkan di Amerika Syarikat pada 19 April 2013.  -malaysiandigest