klpost

Lelaki separuh badan – menjadi inspirasi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

China – Ini adalah satu kisah yang sangat takjub, Peng Shuilin adalah seorang lelaki yang kehilangan separuh badan bahagian bawah beliau selepas terlibat dalam kemalangan. Dengan kata digilis lori sampai hancur lebur dan doktor terpaksa potong bahagian badan bawah untuk menyelamatkan nyawa beliau.

Peng Shuilin mengambil masa kira-kira dua tahun menerima rawatan dan pelbagai jenis pembedahan di hospital. Disebabkan bahagian badan bawah beliau telah tiada, beliau terpaksa melatih tangan, meningkatkan stamina dan paling penting menguatkan semangat beliau untuk terus hidup.

Doktor telah mencipta bekas berbentuk telur dan memasang kaki palsu bagi membantu Peng Shuilin berjalan.

Walaupun mengalami pelbagai kesukaran dalam meneruskan kehidupan, namun semangat “lelaki separuh” ini masih kuat. Beliau kini menjadi seorang businessman dan mengusahakan pasaraya mini yang diberi nama Half Man-Half Price Store.  Dan beliau juga telah menjadi inspirasi kepada orang-orang lain sepertinya yang kehilangan anggota badan akibat kemalangan.

Bersyukur masih ada anggota lengkap tubuh badan. Guna kesempurnaan yang Tuhan bagi untuk buat kerja yang sepatutnya. Contohi semangat Peng Shuilin yang berusaha keras untuk meneruskan kehidupan, biarpun mengalami kesukaran tahap tertinggi. – Majalah 9.