klpost

Lelaki sembunyi 20 telefon dalam seluar dalam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

LONDON: Seorang pencuri yang menyasarkan mangsanya di kalangan pengunjung festival diberkas bersama bahan bukti yang disembunyikan dalam seluarnya, lapor media semalam.

Ionut Guita, 23, disiasat polis di sebuah restoran McDonalds selepas seorang daripada mangsanya berjaya mengesan seunit iPhone yang dicuri sebelum itu.
Selepas mengesan lokasi Guita, pemilik iPhone itu menghubungi polis bagi membolehkan suspek diperiksa, Guita ditemui bersama 20 telefon yang disembunyikan dalam seluar dalamnya.

Dia disiasat ekoran kecurian pelbagai jenis telefon bimbit ketika Festival Sundown berlangsung di Norwich awal bulan ini.
Polis dimaklumkan mengenai kes kecurian berkenaan pada 2 September lalu. Berasal dari of Stratford, London Timur, Guita mengaku salah bagi semua 20 pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. – TS