klpost

Lelaki mungkin bakar kerani sebab lamaran ditolak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemuda yang lamarannya dipercayai ditolak keluarga P. Yoga Ambiga yang mati dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek pertama berusia 33 tahun yang dipercayai pernah meminang Yoga, 27, ditahan ketika dia datang menyerah diri di Balai Polis Ampang pada pukul 5.20 petang kelmarin.

“Sebelum ditahan, suspek yang bekerja sebagai juruteknik bersama peguamnya datang menyerah diri selepas dicari polis,” kata beliau ketika dihubungi. – Kosmo