klpost

Lelaki maut terjun bangunan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Lelaki berusia 39 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati dalam keadaan meniarap di belakang sebuah pangsapuri di Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa dipercayai terjun dari tingkat tiga rumah ibu angkatnya.

 Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersendirian di rumah berkenaan.

“Mangsa masih bujang dan tidak bekerja. Hasil maklumat keluarga memaklumkan mangsa mengalami masalah tekanan dan kemurungan sejak-sejak akhir ini.

“Pemeriksaan dalam rumah juga mendapati tingkap cermin rumah yang mangsa duduki dalam keadaan terbuka dan terdapat kerusi di bawah tingkap itu,” katanya.

Menurutnya, polis turut menemui kesan tapak kaki di kerusi terbabit.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh diri. – Harian Metro