klpost

Lelaki mati terbakar hidup,cubaan keluar gagal

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Jasin  –  Seorang peniaga buah rentung apabila van dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Ghaffar, Sungai Rambai di sini, awal pagi semalam.

Kamal Abd Kadir, 43, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Muhibbah, Merlimau selepas berniaga di Klebang apabila kemalangan berlaku, kira-kira jam 3.45 pagi.

Siasatan awal mendapati Nissan Vanette yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sejurus memasuki kawasan selekoh di lokasi kejadian, sebelum terbabas.

Kaki tersepit

Mangsa dikatakan cuba untuk keluar dari kenderaannya selepas itu, namun gagal akibat kedua-dua belah kakinya tersepit. Pada masa sama, van itu juga mula terbakar.

Seorang penduduk yang tinggal berhampiran yang sempat mendengar jeritan mangsa, namun tidak sempat menyelamatkannya.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang tiba tidak lama selepas itu menemui mayat rentung mangsa di dalam van berkenaan.
Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat.

Sementara itu, adik mangsa, Kasturi Abd Kadir, 35, berkata, dia dimaklumkan mengenai kegagalan abangnya itu pulang ke rumah oleh kakak iparnya, Norlida Husin, 40-an.  – bh

 

(gambar sebagai ilustrasi sahaja)