klpost

Lelaki dicekup di stesen minyak,ekoran kes curi kereta

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Curi-Kereta1GEORGETOWN – Seorang bapa muda berusia 25 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown atas kesalahan mencuri sebuah kereta.

Tertuduh, M Mohandas didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyimpan kereta curi dengan mempunyai sebab untuk mempercayai ia adalah barangan curi.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang enam bulan atau tidak lebih lima tahun serta boleh dikenakan denda.

Mohandas ditahan di sebuah stesen minyak di Jalan Anson dan didapati menyimpan kereta curi.

Tertuduh dengan menyedari atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa harta tersebut adalah adalah harta curi dengan nilai kereta sebanyak RM35,000.

Tertuduh dari Taman Lip Sin Sungai Nibong itu tidak diwakili mana-mana peguam bela mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon ikat jamin RM5,000 yang dikemukakan pihak pendakwaan dikurangkan.

Tertuduh berkata, beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Majistret, Umma Devi Loganathan memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin. – SH