Saturday , 1 November 2014

Lelaki berbaju hitam di temui dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pejabat

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

 

KOTA BHARU, Jun 19, 2012 – Seorang penyelia yang sedang membuat rondaan di sebuah tapak pembinaan terkejut apabila menemui satu mayat lelaki yang mempunyai tiga kesan tembakan di pipi, leher dan belakang kepala di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa di sini kelmarin.

Mayat Mamat Omar, 58, dari Chenerong, Thailand ditemui penyelia berusia 32 tahun itu pada pukul 11.30 malam dalam keadaan berlumuran darah di hadapan pejabat syarikat tapak pembinaan tersebut. Mamat telah menetap di Kampung Simpangan, Tumpat sejak 22 tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pemeriksaan pada mayat buruh binaan itu menemui tiga kesan tembakan di pipi kanan, leher dan belakang kepala.

Katanya, ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah. Dia memakai kain sarung, berbaju T hitam dan selipar.

“Kita tidak menemui kelongsong peluru dari senjata api jenis Revolver itu. Siasatan mendapati bapa kepada lima anak itu merupakan tukang kayu di situ dan tidak tinggal di rumah kongsi yang disediakan majikan,” katanya. – The Kosmo Online

Oleh: Julia Ismail

Scroll To Top
banner