Administrator

Lebih 10 kenderaan serta lori tiba di kediaman najib

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR- Lebih 10 buah kenderaan serta lori ?Black Maria’ tiba di kediaman peribadi bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, malam ini.

Kenderaan polis serta lori, yang membawa kotak dipercayai untuk mengisi dokumen, tiba jam 10.15 malam selepas Najib pulang daripada menunaikan solat tarawih bersama jemaah lain di Masjid Kampung Baru di sini pada jam 9.35 malam.

Kawasan rumah Najib kini di kawal ketat oleh anggota polis dan media tidak dibenarkan berada dekat dengan rumah bekas pemimpin nombor satu negara itu.

Terdahulu, sebuah kenderaan Toyota Vellfire, dinaiki Najib diiringi oleh kenderaan polis meninggalkan kediaman itu pada jam 8.20 untuk ke Masjid Kampung Baru. -Bernama