klpost4

“Langkah wajar, tapi sukar dilakukan”

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM  –  Cadangan agar bakal calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sukar dilaksanakan kerana faktor masa dan jumlah nama yang terlalu besar, melibatkan kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Pakar Geo Strategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata, tujuan ke arah itu baik tetapi agar sukar untuk dilaksanakan.

“Kerajaan perlu memikirkan adakah ia praktikal untuk dilaksanakan atau tidak kerana ia memerlukan kaedah atau tatacara mengikut prosedur operasi standard SPRM,” katanya.

Menurutnya, mungkin SPRM menerima tuduhan sebagai ‘pilih bulu’ walaupun ia badan bebas.

“Tanggungjawab parti memastikan calon yang bertanding adalah bersih daripada rasuah. Pengundi mahu calon bersih,” katanya.

Kelmarin, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Datuk Johan Jaaffar, mencadangkan pihak kerajaan mewajibkan ahli politik mengemukakan senarai calon PRU13.

Johan berkata, ia antara yang dirangka oleh pihaknya dan dicadangkan berkuat kuasa menjelang PRU13.

Pandangan itu setakat ini menerima reaksi bercampur daripada parti-parti politik dan orang ramai.  –  SH