Saturday , 20 December 2014

Lagi video tersebar,Sharifah Sakinah melampau

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

imageSejak semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah menerima pelbagai kritikan pedas daripada peminat gara-gara bingkisan video keek menerusi laman Keek Anzalna, yang dimuat di laman YouTube.

Lebih ‘panas’, video berdurasi 33 saat itu mempelihatkan adik kepada pelakon Sharifah Shahira ini berkelakuan kurang sopan menerusi kata-katanya atau dalam erti kata lain, dia seperti sengaja bikin kontroversi dan cari publisiti murahan.

Antara kata-kata kurang enak yang TAK sepatutnya diucapkan oleh seorang artis yang nampak macam sangat bersopan santun dan lemah lembut sepertinya ialah,

Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk.

Ramai peminat melemparkan kata-kata kesat terhadap pelakon ini, tak kurang melabelkan dia dengan pelbagai jolokan seperti sewel, psiko, bangang, macam dajal dan macam-maam lagi.

Adakah ketika pelakon drama bersiri Bunga Merah Punya merakamkan video tersebut, dia dalam keadaan separuh sedar? Atau memang sedar? Tak pasti.

Tapi yang pasti, tindakan Sharifah Sakinah telah mengundang kritikan penonton. Tahniah Sharifah Sakinah, anda berjaya mencipta populariti dan kontroversi diri sendiri.

Anda tonton dan nilaikan sendiri. -  MD

Scroll To Top