klpost

Lagi kisah Misteri dan Rahsia Sultan Azlan Shah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Sebelum merungkai seterusnya siapa Ku ann@Raja Amran@Tengku Amran yang menuntut waris Kesultanan Perak, kami ingin membawa pembaca untuk melihat satu lagi misteri yang mempunyai hubungkait dengan istana. Ia melibatkan seorang yang tiba-tiba menjadi popular selepas Pilihanraya Umum 2008. Beliau adalah Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin.

Dalam isu WWW1 yang melibatkan Sultan Johor, DS Nizar telah membabitkan dirinya dalam isu tersebut dengan mengkritik pembaziran yang dibuat kerana menghabiskan sejumlah wang yang banyak hanya untuk membeli nombor plet kereta. DS Nizar adalah satu-satunya pemimpin yang berani mengkritik pembaziran tersebut manakala pemimpin yang lainnya hanya mendiamkan diri.

Tindakan DS Nizar itu telah mendapat kecaman bukan saja dari pihak istana, pemimpin Umno malah pemimpin Pas sendiri mengecam tindakan DS Nizar tersebut. Mengapa DS Nizar begitu berani menegur istana sedangkan pemimpin lain semuanya takut?

DS Nizar tidak kesaorangan dalam mengkritik istana Johor. Dalam masa yang sama, Uncleseekers tiba-tiba menjadi blogger terkenal kerana pendedahan beliau tentang istana Johor. Uncleseekers bukan saja berani, malah mencabar sesiapa saja yang boleh membuktikan apa yang ditulisnya adalah salah.

DS Nizar akhirnya disiasat polis dan komputer beserta handphonenya dirampas oleh polis. Sehingga kini, semua barangan yang dirampas masih lagi belum dipulangkan.

Uncleseekers juga mengalami nasib yang sama dimana dia ditangkap, dituduh menagih dadah, komputernya juga dirampas tetapi akhirnya dibebaskan. Sehingga kini, kedua-dua mereka, DS Nizar Jamaludin dan Uncleseekers masih lagi tidak didakwa.

Umum mengetahui bahawa Uncleseekers bukanlah sebarang rakyat biasa.Bapanya ialah Syed Hussien Al-Attas dan mereka berasal dari orang besar Johor. Malah, Sultan Johor sepatutnya menghormati keluarga Al-Attas kerana keluarga inilah yang banyak membantu Istana Johor.

Tetapi apa kaitan keluarga Al-Attas dengan DS Mohd. Nizar?

Gambar diatas diambil dari blog Pak Habib disini. Tidak diketahui bilakah gambar ini diambil kerana artikel yang disiarkan ialah pada 26 Ogos 2012 tetapi artikel tersebut adalah ulangsiar dari artikel pertama yang disiarkan pada 1993.

Perlu juga diingat, isteri Sultan Johor adalah Raja Zarith Sofia yang merupakan anak kepada Sultan Idris Shah, Sultan Perak ke 33.

Dalam krisis Perak pada tahun 2009, DS Nizar berhadapan dengan Sultan Azlan Shah.

Pada 4 Februari 2009, DS Nizar telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Azlan Shah untuk memohon supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga orang ADUN yang melompat. Keesokan harinya, DS Nizar dipanggil mengadap, bersaorangan. DS Nizar beranggapan bahawa dia berhadapan dengan seorang Sultan yang arif tentang undang-undang dan berharap agar Raja Azlan dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya satu pilihanraya baru diadakan.

Apa yang berlaku adalah mengejutkan dimana Raja Azlan telah menitahkan DS Nizar supaya meletakkan jawatan. Apa yang dilakukan oleh Raja Azlan adalah bertentangan dengan undang-undang, malah bertentangan dengan apa yang ditulisnya dalam bukunya sendiri bahawa Menteri Besar tidak boleh disingkir oleh Sultan.

DS Nizar berhujah dan akhirnya berkata, “Ampun Tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Patik mohon sembah derhaka.”

DS Nizar menggunakan bahasa istana yang bermaksud, “saya tidak bersetuju.” tetapi ayat yang digunakan telah diputarbelit oleh Umno untuk menggambarkan bahawa DS Nizar adalah seorang penderhaka. DS Nizar tumbang tetapi sehingga hari ini beliau tidak menerima apa-apa surat untuk membuktikan bahawa beliau telah disingkir sebagai Menteri Besar.

Semasa krisis Sidang DUN, Speaker V.Sivakumar telah diheret oleh anggota polis yang menyamar sebagai pegawai Dewan supaya seorang Speaker baru dilantik. Kejadian ini berlaku semasa Raja Muda, Raja Nazrin Shah sendiri berada didalam Dewan. Apabila semua kekalutan reda, Raja Nazrin mengiktiraf Speaker baru yang dilantik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Mengapakah Raja Azlan begitu marah kepada DS Nizar dan menyuruh DS Nizar meletak jawatan? Mengapakah Raja Nazrin sama-sama bersubahat menyingkir Speaker dari kerusinya dan mengiktiraf Speaker baru dalam sekelip mata?

Apakah terdapat isu lain yang menyebabkan Sultan mahukan DS Nizar disingkir? Siapakah DS Nizar sebenarnya?

Ku Ann@Raja Amran@Tengku Amran (dua dari kiri) bersama DS Nizar Jamaludin.

Gambar diatas diambil pada tahun 2002 dimana DS Nizar pada masa itu hampir tidak dikenali langsung. Apa kaitan DS Nizar dengan Ku Ann?

Perlu juga dinyatakan disini bahawa seorang abang kepada DS Nizar merupakan bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Allahyarham Khalil Shah.

Apakah Nizar seorang penderhaka? Ataupun beliau berketurunan raja? – Sumber Media Perak

The Kuala Lumpur Post is not responsible for the content and we do not accept any responsibility for any statement in the material or the article above. The Kuala Lumpur not associate with any blogs or news portal as such we are not responsible for the article publish above.