klpost

Kurangnya bilangan bangsa bukan Melayu dan kuota sistem kakitangan awam

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Kami sebenarnya tidak pasti samada Ketua Jabatan Sosial yang memberikan cadangan seperti ini sedar atau tidak, kurangnya bilangan bangsa bukan Melayu yang memilih platform bekerja dengan kerajaan adalah satu keutamaan? Usul seperti ini lebih kurang sama apa yang berlaku semasa timbulnya cadangan di mana mahu menggalakan lagi pelajar bukan Melayu masuk ke Maktab Tentera Diraja (RMC) suatu ketika dahulu.

Tetapi, hakikatnya adakah mereka-mereka ini akhirnya benar-benar berminat untuk menyertainya? Inilah persoalan yang penyelesaian yang harus digunapakai….

Kerja Kerajaan : Statistik Permohonan Kakitangan Awam Melalui SPA

Baru-baru ini pun Cuepacs telah memaklumkan yang mana kalangan bukan melayu khususnya yang berbangsa Cina kurang berminat menyertai sektor awam disebabkan 2 faktor ini iaitu :

  1. Gaji – Mereka lebih berminat dengan tawaran kerja yang menjanjikan pendapatan yang lumayan
  2. Pangkat – Kalau mereka mahu menyertainya pun mereka mahu terus menjawat jawatan yang tinggi

Untuk tahun ini sahaja daripada 1,120,000 yang menghantar permohonan untuk kerja kerajaan hanya 2.1 peratus sahaja yang terdiri daripada pemohon yang berbangsa Cina. Mana yang lain?

Bagi kami tidak perlu diwujudkan kuota mengikut kaum khususnya untuk pengambilan kakitangan awam. Apa perlunya? Bagi kami cadangan seperti ini agak canggung dalam erti kata lain tidak kena pada tempatnya dan tidak adil. Kalau memang sudah tiada kuota selama ini, mengapa pula kita nak wujudkan kuota untuk non bumi sedangkan tiada siapa-siapa yang memintanya?  Jadi, ada kalangan yang bumiputera (anak-anak muda kita) yang memohon tidak boleh dapat disebabkan kuota telah dipenuhi walaupun mereka-mereka ini sememangnya berbakat dan berkebolehan.

Lagipun nak masuk untuk kerja kerajaan bukannya mudah. Tidak kira sesiapa. Sesiapa yang ambil peperiksaan tidak lulus, anda boleh mencari pilihan kerja yang lain. Contohnya situasinya di sini, terdapat 3 calon yang memohon :

  1. seorang calon berbangsa Cina
  2. seorang calon berbnaangsa Melayu
  3. seorang calon berbangsa India
  4. Kerja Kerajaan : Kuota Atau Meritokrasi?

Andaikata daripada individu di atas berdasarkan latarbelakang bangsa yang berbeza-beza, salah seorang berjaya lulus dalam peperiksaan doktor pakar dan layak menjadi doktor pakar. Manakala 2 lagi calon telah gagal. Dan secara peraturannya, mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut tidak dibenarkan mengambil peperiksaan selama 6 tahun untuk memohon menjadi doktor pakar. Apa yang kami “highlightkan” di sini, ini semuanya ada berkisar samada anda layak atau tidak dan juga anda benar-benar berminat atau tidak sahaja. Ini bukan berkisar soal kaum.

Jikalau bumiputera tidak lulus SPA, mereka pun tidak boleh masuk juga

Begitu juga bukan bumiputera, sama juga situasi yang mereka perlu hadapi

Apa yang kami perhatikan selama ini, orang Cina contohnya memang kurang berminat masuk bekerja dengan kerajaan, kecuali untuk jawatan-jawatan tertentu seperti penyelidik, jurutera. Manakal kerjaya sokongan, ya….. benar dimonopoli oleh ramai kalangan berbangsa Melayu. Sama jugalah situasi yang dialami di MRSM, walaupun dibuka 10% untuk bukan Bumiputera tetap yang masuk ramai di sana adalah kalangan yang berbangsa India.

Cuma apa yang perlu kerajaan lakukan sekarang ini adalah memastikan kakitangan kerajaan yang banyak “makan gaji buta” diberikan pengajaran yang sewajarnya seterusnya memberikan peluang kepada orang luar sana yang benar-benar komited untuk menyumbang tenaga dan idea kepada sektor kerajaan. Kami kongsikan satu contoh kes di sini di mana :

Ada seorang anak penghulu yang masuk kerja kerajaan ikut pintu belakang

Kerap kali datang lewat dan tidak masuk kerja berminggu-minggu dan adakalanya bebrulan-bulan

Bosnya tidak dapat berbuat apa-apa. Sebab apa?

Sebab…bapanya mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin politik di negeri tersebut

Negeri apa? Ehem….

Tindakan tiada ada. Masih kebal sehingga ke hari ini!

Sepatutnya persoalan masalah seperti ini yang perlu dibangkit dan dicari jalan penyelesaian bagi membasmi wabak yang telah menular dalam sektor awam sekian lama.

“Ramai kakitangan kerajaan yang berwibawa dan berdedikasi tetapi disebabkan sekelompok inilah yang menyebabkan imej sektor awam sedikit tercalar”

Lagi satu, trend kipas mengipas tak patut wujud di kalangan masyarakat penjawat awam kerana ini akan memberikan impak yang cukup mendalam terhadap masa depan & generasi masyarakat Melayu khususnya yang bekerja di sektor kerajaan kelak. Budaya seperti ini harus dihapuskan!!

Oleh itu, berbanding diwujudkan sistem kuota kami lebih gemarkan supaya kalangan kakitangan kerajaan yang bermasalah disingkirkan dan hanya kakitangan awam yang berkualiti sahaja dikekalkan supaya hasilnya lebih produktif berbanding yang sebelumnya. Selain itu :

  1. mansuhkan beberapa jabatan tidak relevan
  2. gunakan performance based bonus
  3. kecilkan bilangan kakitangan dan baru bercakap tentang efisensi
  4. kuota Melayu Cina India tak berapa penting
  5. Sekadar pandangan daripada kami…Apa respon kalangan kakitangan awam dengan cadangan mewujudkan kuota dalam sektor awam? -beritasemasa