klpost

‘Kubur’ menjadi tempat menjamu selera

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

 

Ahmedabad – Restoran New Lucky di Ahmedabad India ialah sebuah restoran ala mamak yang dibina di atas kawasan perkuburan.

Restoran ini menyediakan menu Teh Tarik dan Roti Nan dikatakan popular di Ahmedabad.

Mengikut sejarah Restoran New Lucky, Seorang lelaki bernama KH Mohammad telah membuka kedai makan kecil di luar kawasan kubur lingkungan 50 tahun dahulu. Kubur yang wujud sejak kurun ke-16 lagi dipercayai kubur sanak saudara seorang ahli Sufi yang terkenal di Ahmedabad.

Lama kelamaan, perniagaanya semakin maju dan beliau telah meluaskan perniagaannya dari kedai kecil ke pada restoran yang selesa.

Akibat kesukaran mencari tapak untuk berniaga, maka Ahmedabad telah memilih kawasan kubur untuknya  berniaga.

Menurut pengurus Restoran New Lucky, Kutti Nair merasakan restoran di kawasan kubur ini telah membawa tuah dan beliau bertanggungjawab menjaga perkarangan kubur tersebut supaya ia sentiasa dalam keadaan baik.