klpost

Kuantan banduan lari selepas kereta polis terlibat dengan kemalangan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUANTAN – Polis meminta orang ramai membantu mereka mengesan seorang banduan yang melarikan diri setelah kenderaan polis yang dinaikinya terlibat dengan kemalangan di Taman Dato Rashid di sini tengah hari ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kemalangan lebih kurang jam 12 tengah hari tadi, seorang banduan bangsa Melayu yang berumur dalam lingkungan umur 32 tahun, memakai T-shirt berbelang biru merah, seluar jean warna biru, telah melarikan diri.

Katanya, banduan tersebut tidak bersenjata dan baru disabitkan kesalahan memiliki dadah di bawah Sek 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dengan hukuman lapan tahun penjara dan 10 sebatan.

” Sesiapa yang melihat, menjumpai, mengetahui banduan tersebut sila hubungi Bilik Gerakan IPK Pahang di talian 09-5151999,” katanya.

gambar untuk hiasan sahaja