10/09/2014 - Network
Friday , 19 September 2014

Krisis Petronas – Keangkuhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir puncanya (1)

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

Reuters – Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.

Di bawah,  bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan.

Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi – yang di sumbang Petronas mempunyai – “objektif sosio-ekonomi”.

Beliau menekankan, rakyat Malaysia membayar kadar elektrik & petrol yang terendah di Asia. Walaupun kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya.

Ianya kelihatan amat mustahil untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.

Kekesalan Petronas ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah menggangap Petronas sebagai “Kantung Bank Peribadi” bagi menyelamatkan projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974.

Temubual dengan pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas, membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai.

Data kewangan yang dikaji oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas – melalui ‘dividen’ kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) – untuk mengekang defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian dan penganalisis.

Data juga menunjukkan bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu.

“KAMI PERLUKAN TUNAI”

Petronas adalah pembayar cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan.

Tidak seperti negara-negara lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun hasil minyak meningkat.

Jurang fiskal tahun lepas, pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik “Ekonomi Besar” yang baru muncul di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini.

“Subsidi kepada sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga,” kata Shamsul  dalam ucapannya kepada persidangan gas.

“Subsidi menghalang ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru,” katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20 bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas.

Malaysia tidak menghadapi krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk memastikan hutang-hutang akan dibayar.

Namun, ianya akan diuji dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kejatuhan harga minyak dan gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin teruk boleh menjejaskan eksport negara.

Pengecilan pembayaran Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan.

Shamsul berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai “backup” akibat  bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang.

Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat “Joint-Venture” Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.

“Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai,” kata Shamsul dalam ucapannya.

“Masalahnya ialah, kerajaan perlu tunai, juga”.


MENARA DI MALAYSIA

Petronas, satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur.

Rizab Minyak Petronas dan gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp).

Ianya luar biasa untuk syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada Mac 31.  Dan syarikat US,  U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang hutang.

CEO Petronas dan Ahli Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan mereka(bailout).

Pemimpin-pemimpin politik telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai “yes sir!” dalam Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada mereka di Pejabat Perdana Menteri.

Kini Petronas cuba untuk mengatakan “tidak!”.

Seperti semua syarikat minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta membayar dividen kepada pemegang saham.

Angka Petronas menunjukkan, dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia.

Termasuk cukai, duti eksport dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal.

MELUASKAN DEFISIT

Petronas telah menolak  dasar dividen baru yang akan menetapkan pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun ini.

Pembayaran yang lebih rendah akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik.

Analisis Reuters terhadap data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30%  digunakan.

Pembayaran dividen yang lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF).

Dengan wang yang kurang daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan, meningkatkan cukai atau mengekang defisit.

Semakin teruk kewangan awam boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya kini dijangka secepat September.

“Kerajaan cukup sedar akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas,” Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31 Mei. “Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan kami.”

Bagimanapun Pejabat Najib enggan mengulas. – (bersambung babak (2))

(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed)

Scroll To Top