klpost

Kos RM1 juta Bangunan UMNO Taiping

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membayangkan bahawa Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir pada waktunya.

Justeru, beliau mengingatkan semua jentera parti sama UMNO atau BN sendiri supaya mempersiapkan gerak kerja yang mana ia menjadi satu tanggungjawab yang besar demi menjamin kemenangan parti.

Muhyiddin menambah, sebagai kepimpinan tertinggi parti, beliau mahu BN Perak terus berusaha untuk turun ke bawah dan menolong rakyat serta menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

“Pilihanraya semakin hari semakin dekat, bukan semakin jauh… bila waktunya saya kurang tahu tetapi saya rasa di hati saya bahawa ia sudah semakin hampir tiba.

“Sebab itu, gerak kerja dalam menyiapkan jentera pilihanraya menjadi satu tanggungjawab besar di mana kita perlu terus mengukuhkan kedudukan kita di hati rakyat.

“Kalau ini dapat kita lakukan, maka keyakinan rakyat kepada Umno dan BN akan terus kekal kukuh, sekaligus menjamin kejayaan di masa akan datang,” katanya.

Beliau menambah, di waktu sekarang tanggungjawab sebagai pemimpim BN adalah amat mencabar seiring dengan perubahan zaman.

Malah katanya, situasi politik yang berbeza jika dibanding dengan zaman dahulu serta tuntutan-tuntutan pelbagai pihak mendesak pemimpin BN untuk berbuat sesuatu yang mampu memberi kesan positif kepada rakyat.

“Untuk membolehkan kita terus didokong dan disokong oleh rakyat tidak kira apa kaum dan keturunan, maka dasar-dasar dan cara pelaksanaan dasar yang kita lakukan ini mestilah menjurus kepada usaha untuk membela bangsa, kaum dan rakyat Malaysia.

“Inilah tuntutan besar yang akan kita hadapi di masa sekarang dan akan datang…  sebab itu untuk membolehkan  kita menghadapi cabaran besar maka parti kita mesti kuat… UMNO mesti bersatu padu.

“Pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan berjaya menghadapi halangan dan rintangan besar sekiranya kita tidak bersatu kukuh serta lemah untuk memperkukuhkan jemaah dan perpaduan sesama ahli.

“Demikian juga pemimin BN keseluruhannya… kita tidak akan berupaya untuk mengahadapi cabaran getir pada masa akan datang kalau ahli-ahli BN tidak bersatu padu,” jelasnya lagi.

Tambah beliau lagi, dengan kerjasama kukuh antara setiap ahli parti itu ia seumpana pra syarat utama kepada BN terus melakar kejayaan.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Taiping.

“Saya harap bangunan ini bukan sahaja menjadi titik permulaan malahan menjadi kesinambungan untuk terus mengukuhkan perjuangan UMNO di Taiping,” katanya.

Bangunan tiga tingkat yang dibina dengan kos RM1 juta itu dijangka siap dalam tempoh 12 bulan akan datang. – Media Perak