klpost

Kontroversi seksi dan mabuk – Sekali lagi Luna Maya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

Sekali lagi dunia hiburan Indonesia digemparkan oleh berita berkenaan selebriti yang penuh kontroversi, Luna Maya.

Sekeping gambar tersebar luas di laman sosial dan beberapa blog di Indonesia yang menunjukkan seorang gadis terbaring tidak sedarkan diri akibat mabuk.

Rata-rata mula mengesyaki wanita tersebut adalah Luna apabila membandingkan dari segi susuk tubuh.

Tambah menguatkan lagi gossip itu, seorang selebriti Indonesia, Tyas Mirasih telah memuat naik gambar yang memaparkan 2 orang jejaka lain bersama wanita itu.

Lantaran dari gossip itu, Kapan Lagi telah menghubungi Luna bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Luna telah menafikan gambar tersebut merupakan gambar dirinya.

Ujarnya, dia tidak pernah memiliki baju seperti yang dipakai oleh wanita di dalam gambar tersebut.

Luna turut mendakwa susuk tubuh wanita itu berbeza dari tubuhnya.

“Kalau dilihat, jari gadis itu lebih lentik tidak seperti jari saya. Jadi perkara sebegini tidak perlu saya pedulikan dan rasanya tidak perlu diperbesarkan,” ujar Luna.

Pada masa yang sama, Luna turut mengakui telah melihat gambar itu lebih awal sebelum ia mula disebarkan menerusi laman sosial.

– Kapan Lagi