klpost

Konspirasi Pakatan Rakyat – Pembunuhan Altantuya

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) melalui blog Malaysia Today berhubung konspirasi isu fitnah pembunuhan Altantuya yang cuba dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di mana ia turut membabitkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuktikan berlakunya konspirasi yang amat dahsyat dalam kepimpinan tertinggi pakatan pembangkang untuk menjatuhkan imej kerajaan.

Beliau melalui blognya mendakwa wujudnya pakatan tiga serangkai, iaitu Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, seorang peguam dan RPK turut mendakwa bahawa konspirasi tersebut sememangnya diketahui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ketua Puteri UMNO Bahagian Subang, Herni Azura Binti Ghafar, rakyat hari ini sudah mula sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan gaya dan corak kempen politik yang diamalkan oleh pakatan pembangkang.

“Jika benarlah pendedahan Raja Petra Kamaruddin, maka jelaslah corak politik yang diamalkan oleh pakatan pembangkang adalah lebih kepada konspirasi untuk mewujudkan dan menyemarakkan fitnah dalam usaha untuk membunuh karektor seseorang pemimpin.

“Gaya dan pendekatan politik seperti ini amat bahaya dan salah di sisi agama sebab di atas alasan apa sekalipun, kita tidak boleh dan dilarang untuk mengada-adakan cerita yang akhirnya menjadi fitnah terhadap seseorang individu, apatah lagi seorang pemimpin negara kerana kesannya amat besar terhadap keharmonian dan keamanan negara,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, sekiranya beginilah cara dan pendekatan politik yang diguna pakai oleh pakatan pembangkang, ia tidak akan mengundang sebarang kebaikan untuk negara bahkan bakal membawa keburukan dan boleh mencetuskan huru-hara.

“Sebab itu fitnah lebih besar dosanya daripada membunuh. Jika kita rujuk pada sejarah Islam, kita boleh lihat bagaimana kesan fitnah yang dicetuskan oleh orang-orang munafik sehingga membuatkan isteri Rasulullah saw, Saiditina Aisyah berkonfrontasi dengan Saidina Ali sehingga tercetusnya perang Siffin yang melibatkan ribuan umat Islam kehilangan nyawa,” jelas beliau.

Justeru itu beliau menyeru semua rakyat di negara ini tanpa mengira agama, bangsa dan kaum agar menyiasat terlebih dulu sekiranya sampai sebarang berita yang memburuk-burukkan individu tidak kira siapa sekalipun, kerana bimbang ia merupakan fitnah yang boleh menyebabkan kita menyesal kemudian hari. – MediaUMNO