klpost

Konkrit 40 tan terjatuh atas jalan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR: Sebatang konkrit seberat 40 tan terjatuh dari sebuah treler di bawah laluan bertingkat Jalan Yew di atas Bulatan Pudu, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, tiang konkrit berkenaan terjatuh dari sebuah treler sebaik melalui laluan mendaki dan berselekoh di laluan berkenaan.

Metro melaporkan, menurut sumber trafik, tiang itu tidak diikat menyebabkan ia mudah tergolek sebelum terjatuh di atas jalan.

“Hentakan yang kuat daripada objek berat itu menyebabkan terdapat sedikit kerosakan dan retak pada struktur jalan laluan bertingkat ini,” katanya.

Difahamkan, struktur konkrit itu adalah tiang jejambat pejalan kaki di hadapan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park yang dibuka bagi kerja pembinaan projek stesen Mass Rapid Transit (MRT).

Bagi mengalihkan tiang itu, dua kren digunakan selepas kerja pemotongan tiang konkrit itu dilakukan dan diangkut untuk dihantar ke kilang.