klpost4

Kita perlukan pendekatan bijak untuk menawan hati pengundi – Datuk Azizah Mohd Dun

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BEAUFORT,  –  Ketua Wanita UMNO Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan semua anggota jentera UMNO menggunakan pendekatan bijak bagi menawan hati pengundi, khususnya di kawasan Parlimen Beaufort, menjelang pilihan raya umum akan datang.

Sambil menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) Beaufort mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum itu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah  berkata pendekatan seumpama itu penting kerana rakyat akan memerhati dan membuat penilaian terhadap tindak tanduk anggota jentera parti.

“Berhati-hati dalam tindak-tanduk kita, kerana rakyat akan melihat kita. Kita mestilah membuat pendekatan bijak untuk menawan hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Bilik Gerakan Pusat Dearah Mengundi UMNO-BN (PDM) Limbawang A, dekat sini hari ini.

Azizah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias turut meminta barisan jawatankuasa PDM bekerja dengan ikhlas dan taat setia kepada perjuangan parti bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kita mesti bekerja keras dengan taat dan setia kepada parti. Kita tidak mahu ada gunting dalam lipatan,” katanya.

Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin baru-baru ini mengumumkan keluar UMNO dan menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang.  –  MediaUMNO