klpost

Kim Kardashian nyaris ditembak ketika dirompak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

kim-kardashian
Bintang realiti Kim Kardashian membuka mulut buat pertama kali berhubung kejadian dia dirompak di Paris pada Oktober tahun lalu.

Menerusi sedutan episod terbaharu program Keeping Up With The Kardashian, Kim dalam tangisan air mata memberitahu keluarganya dia bimbang akan mati apabila perompak mengugut untuk menembaknya.

“Perompak ingin menembak saya dari belakang dan memang tiada jalan keluar.

“Ketika itu memikirkan saya akan mati membuatkan saya berasa sangat sedih,” katanya.

Terdahulu, Kim berdepan dengan pengalaman ngeri selepas diacukan dengan pistol ketika kejadian rompakan di hotelnya di Paris.

Isteri kepada penyanyi rap, Kanye West itu melalui detik cemas apabila lima lelaki bersenjata dengan memakai pakaian polis dan topeng muka mengacu pistol di kepala dan mengikat tangannya.

Kesemua perompak itu kemudiannya menggeladah kediaman Kim dan mencuri barangan kemas bernilai jutaan ringgit.