klpost

Kim Kardashian dikecam kongsi gambar bogel dirakam anak

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Nampaknya selebriti sensasi Kim Kardashian mengundang kontroversi lagi, kali ini dengan gambar tidak berbaju yang dirakam oleh anak perempuannya yang baru berusia empat tahun, North West.

Semalam, ibu kepada tiga anak itu dengan bangga berkongsi gambar tubuhnya dengan tali coli tidak berkancing buat tatapan pengikut instagramnya.

Gambar itu mengumpul lebih dua juta ‘like’ termasuk daripada ibunya sendiri Kriss Jenner, model dan aktres Emilu Ratajkowski dan pelakon terkenal Indonesia Luna Maya.

Namun gambar itu lebih mengundang kecaman pengikutnya yang rata-rata tidak setuju apabila anaknya yang masih mentah yang mengambil gambar sebegitu.

Mereka mempersoalkan naluri keibuan bintang TV realiti itu, dan menyifatkannya sebagai perbuatan kurang bijak.

Gambar ini mengingatkan peminat rancangan realiti Keeping Up With The Kardashians kepada satu babak apabila ibunya, Kris, dilihat memberikan sekalung pujian kepada Kim ketika anaknya itu menjalani sesi penggambaran separuh bogel.

Pada tahun 2015, Kim mendakwa North yang ketika itu bermain telefon miliknya secara tidak sengaja memuat naik gambarnya berbikini di instagram.

North adalah anak sulungnya bersama suami iaitu penyanyi rap terkenal Kanye West.

Pasangan itu baru saja selamat menyambut kelahiran anak ketiga pada 15 Januari lalu, diberi nama Chicago dan dilahirkan melalui ibu tumpang.