Tuesday , 21 October 2014

Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud disepak oleh isteri mudanya Ragad?

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

Sarawak Report melaporkan pada awal bulan ini iaitu pada hari Jumaat 12 Oktober yang lalu orang ramai yang berada di Wisma Bapa Malaysia telah menyaksikan satu kejadian yang memalukan buat seorang pemimpin.

Kejadian tersebut melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud dan juga isteri mudanya Ragad.

Dimana dalam kejadian Ragad dikatakan tiba-tiba muncul di bangunan tersebut untuk menemui suaminya Taib Mahmud.

Dan beliau terus menunggu sehingga Ketua Menteri Sarawak itu turun menemuinya.

Seorang saksi berkata: “Selepas mengucapkan beberapa perkataan, lelaki tua yang malang itu ditendang oleh isterinya di bahagian tulang kering di khalayak ramai!”

Pasangan itu kemudian beredar dalam kereta yang berasingan.

Ini bukanlah kali pertama ‘Pasangan Pertama’ Sarawak ini menunjukkan mereka jauh dari kebahagiaan.

Dalam satu insiden lain baru-baru ini, Ragad juga bertindak ganas apabila melemparkan beg bimbit Taib kepadanya di hadapan penghuni rumah yang lain.

Sudah tentu, Taib juga tidak pelik dengan perlakuan ganas ini pada dirinya. Sejurus selepas perkahwinannya pada bulan Disember 2010, dia sendiri telah menakut-nakutkan orang-orang di sekelilingnya dengan mengeluarkan pistol emas miliknya dan melepaskan tembakan ke udara selepas kecewa apabila Ragad tiba-tiba hilang tanpa memberitahunya. – Anak Sungai Derhaka

Scroll To Top
banner