klpost

Ketua ‘Geng Khairul’ di tahan polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai ketua ”Geng Khairul” yang disyaki terlibat dalam kes samun seorang wanita di pusat beli belah di sini 23 Jun lepas.

Suspek, seorang penganggur berusia 21 tahun, yang berasal dari Gerik, Perak itu ditahan di rumahnya di Taman Desa, Brickfields pada kira-kira pukul 3 pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supt. Aida Abdul Hamid berkata, polis turut menemui sebahagian daripada barangan milik mangsa yang disorokkan suspek.

“Kami juga merampas sehelai seluar jeans, kemeja-T serta sebilah parang pendek berukuran 29 cm beserta sarungnya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Aida berkata, penahanan suspek utama itu membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes samun itu iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun dari Ampang, Selangor dan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang menetap berhampiran kawasan kediaman suspek utama yang turut mempunyai rekod jenayah lampau.— BERNAMA