klpost

Ketua balai dicekup – satu juta pil syabu di but peronda

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

NAN (Thailand) – Lima anggota polis dari balai polis di wilayah Nan, termasuk ketua balai, dipecat kerana didapati menyeludup satu juta pil syabu.

Timbalan Ketua Polis Bahagian 5, Mejar Jeneral Chamnan Roadriew berkata, lima yang ditahan adalah Ketua Balai Polis Ouan, Leftenan Kolonel Thammanoon Nakbua; Timbalan Ketua Penyiasat Pencegahan Jenayah, Leftenan Jittipong Sochai; Sarjan Mejar Atthapol Khamsaen dan Sarjan Mejar Sakkapong Chiangnoon.

Mereka dipecat serta merta.

Sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk menyiasat lima anggota polis berkenaan dan ketua mereka.

Kelima-lima berdepan dengan tindakan tatatertib dan dakwaan jenayah serius, katanya.

Semua anggota polis itu dikatakan ditahan ketika berada di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Hotel Riverview Place di Jalan Uthong di wilayah Ayutthaya di mana kenderaan mereka diperiksa oleh anggota polis antinarkotik.

Satu juta pil syabu ditemui disembunyikan di dalam sebuah kereta peronda dan sebuah trak pikap Toyota di mana kelima-lima mereka ditahan.

Mereka dikatakan mengaku diupah dua juta baht (RM200,000) oleh pengedar dadah di Chiang Rai untuk menghantar pil berkenaan kepada pelanggan di tempat letak kereta di hotel itu.

Sumber memberitahu, Jittipong terlibat dengan kumpulan dadah utama ketika menjadi pegawai polis sempadan di Chiang Mai sebelum ditukarkan ke Ouan – BP