klpost4

“Kesemua suspek agresif dan terbabit dengan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan – Datuk Abdul Rahim Hanafi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SEBERANG JAYA  –  Kesemua suspek yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi dipercayai berjaya membuka gari berikutan penemuan gari dan kunci di dalam van yang ditinggalkan, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Difahamkan, van terbabit dibiarkan tersadai di kawasan berkenaan selepas mereka tidak boleh bergerak ke depan kerana terdapat laluan kereta api di situ.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang giat menjalankan gerakan bagi memburu ketujuh-tujuh suspek yang melarikan diri itu dan mengadakan sekatan jalan raya di Padang Cempedak dan kawasan sekitarnya.

“Kesemua suspek agresif dan terbabit dengan kesalahan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan), Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun), Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh) dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan).

“Empat anggota polis yang cedera di kepala, mata dan muka sudah pun dibenarkan keluar pada jam 2.15 petang selepas menerima rawatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, petang tadi.

Sebelum itu, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah berkenaan meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul empat anggota polis pengiring dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi tadi.

Kejadian di Lebuhrraya Lingkaran Luar Butterworth itu, empat anggota polis terbabit turut ditolak keluar daripada van di tepi lebuh raya berkenaan.  –  BH