klpost

Kes Rasuah kepimpinan tertinggi DAP Perak Terbongkar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

DAPBelum pun reda isu rasuah yang didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, kini DAP terpaksa berhadapan dengan satu lagi isu rasuah yang melibatkan dua kepimpinan tertinggi DAP Perak, Datuk Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Ming berhubung pemberian tanah balak di Kelantan sebagai ganti jawatan Menteri Besar Perak yang diberikan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, dua isu besar ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa DAP bukan satu parti yang bersih dan bebas dari rasuah, bahkan mereka itu lebih kotor dari parti-parti politik yang ada di negara ini.

“Isu rasuah Tunku Aziz masih belum mereka jawab. Kini, timbul pula pendedahan kes rasuah tanah balak yang mengaitkan dua tokoh kepimpinan DAP Perak yang sehingga ini, tidak ada sebarang penjelasan dari pihak DAP. Terbukti, DAP tidaklah sebersih mana. Malah lebih kotor lagi, kepimpinan tertinggi DAP sendiri mengamalkan perbuatan rasuah.

“Saya yakin, perkara ini sudah lama. Namun mereka bijak menyembunyikan perbuatan kotor dan jijik mereka ini. Namun hari ini, kebenaran terbukti. Dua isu besar ini sudah cukup untuk memperlihatkan intergiriti DAP sebagai sebuah parti politik yang konon-kononnya anti dan bersih dari rasuah. DAP perlu ingat, mereka tidak boleh bohongi rakyat sepanjang masa,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menyifatkan DAP sebagai sebuah parti ultra kiasu dan ultra rasis yang tidak layak untuk memegang pentadbiran negara ini.

“Ketika saya menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, exco perumahan tempatan DAP secara konsisten bertegas mahukan agar lima peratus potongan harga rumah untuk bumiputera dimansuh. Kata mereka, potongan sebanyak ini akan menyebabkan persaingan harga rumah yang tidak sihat.

“Dan apabila saya meninggalkan mereka di dalam pentadbiran kerajaan, saya lihat banyak gerai-gerai orang Melayu dirobohkan atas pelbagai alasan termasuk berniaga secara haram. Namun gerai-gerai bukan Melayu tidak pula diusik sedangkan kita tahu, bahawa ramai di antara peniaga-peniaga bukan Melayu juga tidak mempunyai lesen dan berniaga secara haram, tetapi tidak diambil tindakan,” jelasnya.

Beliau turut membidas ideologi Malaysian Malaysia yang cuba dibawa oleh DAP untuk diimplentasikan di negara ini. -MediaUMNO