klpost

Kes raba: Onew ditahan polis

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Anggota kumpulan SHINee, Onew dilaporkan menerima tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di sebuah kelab malam di Gangnam.

Menurut media Korea Selatan, seorang wanita mendakwa bahagian peribadinya telah disentuh oleh seorang individu yang dipercayai Onew.

Wanita tersebut membuat laporan polis dan kemudian Onew telah ditahan pihak berkuasa bersama seorang saksi dalam kejadian itu.

Manakala, menerusi sumber lain, Onew berada dalam keadaan mabuk dan tidak mampu untuk mengingati apa yang berlaku dalam kejadian itu.

Sementara itu, agensi penyanyi itu iaitu SM Entertainment mengakui laporan yang dibuat oleh wanita terbabit, namun ia telah ditarik balik berikutan dilakukan tanpa sengaja.

Tambah agensi, Onew yang juga pernah membintangi drama Decendents of The Sun, berada di kelab malam tersebut adalah bagi meraikan seorang rakan yang baharu bekerja.