klpost

Kes Gangguan seksual

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Sebanyak 300 kes gangguan seksual di tempat kerja dirujuk dan disiasat oleh Jabatan Tenaga Kerja sehingga Jun tahun ini sejak Kod Amalan Gangguan Seksual di tempat kerja dilaksanakan pada 1999.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, berdasarkan data secara puratanya, hanya kira-kira 30 kes gangguan seksual dilaporkan setiap tahun.

“Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, 23 kes gangguan seksual dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia dan bilangan kes tahun ini dijangka meningkat,” katanya menjawab soalan Senator Noriah Mahat pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Noriah meminta kementerian menyatakan statistik kes-kes gangguan seksual yang dilaporkan dan jumlah syarikat yang telah menerima pakai Kod Amalan Gangguan Seksual itu. – Bernama