klpost

Kereta Timbalan Menteri dibakar

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KLANG – Polis berjaya menemui semula kereta rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang dicuri pada 2 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd. Shukor Sulong berkata, kerea untuk kegunaan timbalan menteri tersebut bagaimanapun ditemui rentung di Bukit Kapar pada Sabtu lalu.

“Kereta Proton Perdana Executive ini ditemui terbakar di Jalan Akob. Kereta hangus tetapi pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia kenderaan yang digunakan beliau,” katanya.

Kereta rasmi timbalan menteri tersebut dilapor dicuri pada 2 Jun lalu di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.

Mohd. Shukor berkata, kereta itu ditemui selepas pihak polis dan bomba mendapat maklumat orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.