klpost2

Kereta makan Tuan

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KENINGAU  –  Baru dua minggu dilantik sebagai ketua masyarakat Cina di Kampung Batu 27 di sini, seorang lelaki terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25, Jalan Keningau-Tambunan dekat Kampung Kitou kelmarin.

Menurut Utusan Malaysia, dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Tai Sui Ming, 61, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala isterinya, Chaw Wun Fah, 55, dan anak mereka, Tai Ket Yan, 28, cedera parah dan kini dirawat di Hospital Keningau.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Robert Salisip, kemalangan berlaku apabila sebuah lori membawa muatan baja dipandu oleh Herman Hassan, 49, dari Lahad Datu ke Keningau dikatakan tiba-tiba mengalami kerosakan dan ‘mengundur’ ketika menaiki bukit di kawasan tersebut.

Tambahnya, pemandu lori menyatakan bahawa kenderaan yang dipandu mengalami masalah gear menyebabkan lori tersebut mengundur.