klpost4

Kereta Ferrari hangus dalam sekelip mata

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KAJANG 8 Jan  –  Sebuah kereta Ferrari musnah terbakar dalam satu kejadian di Taman Putra Kajang. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.00 malam.

Ferrari 2Menurut sumber, satu panggilan kecemasan telah diterima oleh Balai Bomba Kajang pada pukul 9.11 malam, dan 1 jentera bomba telah dikerah ke lokasi.

Jentera bersama 6 anggota dan 1 pegawai tiba di lokasi pada pukul 9.20 malam dan api berjaya di padamkan sepenuhnya pada pukul 10.17malam.

Ferrari 3Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan lanjut masih dijalankan terutama untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.  – Kuala Lumpur Post