klpost

Kereta api terbabas, rempuh lima gajah

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BHUBANESHWAR  –   Kereta api penumpang terbabas dan melanggar lima gajah yang melintas landasan kereta api di timur India.

Jurucakap perkhidmatan kereta api R.N. Mohapatra berkata, kereta api itu merempuh haiwan terbabit pada awal hari ini di kawasan hutan Rambha, kira-kira 180 kilomemeter selatan Bhubaneshwar ibu wilayah Orissa.

Ketua Pemeliharaan Jabatan Haiwan dan Hidupan Liar, J.D. Sharma menuduh pihak berkuasa kereta api mengabaikan amaran supaya kenderaan terbabit diperlahankan kerana gajah sedang melalui kawasan berkenaan.

Mohapatra berkata, amaran itu hadir terlalu lewat. – AP