klpost2

Kereta api laju terpanjang mula beroperasi

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

BEIJING  –  China memulakan perkhidmatan kereta api laju terpanjang di dunia sekali gus menjadi kejayaan terbaru negara itu pada ketika era turun naik rangkaian kereta api terpantas mereka.

Pembukaan laluan terpanjang sejauh 2,298 kilometer yang menghubungkan Beijing dan Guangzhou membolehkan penumpang tiba di ibu negara wilayah komersial di selatan republik berkenaan dalam tempoh lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.

Siaran China Central Television menyiarkan pelepasan kereta api pertama secara langsung dari Stesen Kereta Api Barat Beijing dan menyiarkan gelagat penumpang yang mengambil gambar dalam kereta api berkenaan.

Kereta api laju itu mempunyai purata kelajuan 300 kilometer sejam perlu menempuh 35 hentian di bandar utama seperti Zhengzhou, Wuhan di Sungai Yangtze dan Changsha. – AFP