Administrator

Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memaklumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan.

Bagaimanapun beliau menegaskan, beberapa perkara dalam pemberian itu akan dikaji semula bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan sudah bersetuju untuk meneruskan BR1M, cuma ia perlu dikaji semula kerana sebelum ini, ada yang tak layak, juga menerimannya.

 

“Kita tak nak orang ramai menganggap BR1M sebagai rasuah atau umpan supaya rakyat menyokong kerajaan. Sebaliknya, BR1M adalah satu bentuk inisiatif untuk menangani masalah sosial,” katanya.

Tun Mahathir berkata demikian dalam sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan, hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai operasi penggeledahan kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Taman Duta malam tadi, Tun Dr Mahathir menjelaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang serbuan itu.

“Itu ialah prosedur operasi standard (SOP) polis. Mereka sudah ada cukup bukti untuk melakukan serbuan, jadi mereka buat.

“Saya tidak dimaklumkan. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan (torturing). Semua akan dilayan dengan baik,” katanya. – Astro Awani