klpost

Kenapa Pemimpin Pakatan Rakyat diseliputi kontroversi seks

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUALA LUMPUR – Sekali lagi pakatan pembangkang diseliputi kontroversi seks namun kini apa yang lebih menyedihkan adalah ianya membabitkan darah daging sendiri.

Sebelum ini, pemimpin mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sering dicalit kontroversi membabitkan kes liwat dan video seks, Mat Sabu pula berkaitan tangkap khalwat dengan isteri orang dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain juga pernah dikaitkan dengan masalah salah laku seks.

Kini seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya pula ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram yang membabitkan anak perempuannya yang berumur 15 tahun hingga melahirkan seorang bayi lelaki.

Menurut bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman, beliau tidak terkejut sekiranya akan terdedah lebih ramai lagi pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah sedemikan rupa.

Menurutnya, rakyat yang tertipu dengan cara penampilan mereka yang kononnya alim namun mereka juga adalah manusia biasa dan tidak terlepas dari godaan syaitan.

“Islam pada seseorang itu bukan terletak pada kopiah atau penampilannya yang berjubah termasuk kepetahan membaca ayat-ayat suci al Quran dan hadis. Jadi rakyat jangan terpengaruh dengan penampilan mereka ini.

“Ini hanya sandiwara mereka yang mahu menutup kelemahan diri mereka. Apa yang boleh saya katakan, memang ramai terdapat pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah sedemikian kerana mereka ini mempunyai masalah ‘mental’, ” ujarnya kepada UMNO-Online.

Semalam Bernama melaporkan seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun itu ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Pihak polis telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. – MediaUMNO

Sponsored ads

Click Here “MARKETING IS RUBBISH“– The BOOK EVERY ENTREPRENEUR Should Own