Thursday , 24 April 2014

Kenapa Lim Kit Siang takut 13 Mei

Portal MI telah menyiarkan satu berita tentang kekalutan dan keresahan Lim Kit Siang DAP tentang kenyataan Muhyiddin Yassin tentang 13 Mei.

Lim Kit Siang DAP kalut dan seperti terasa yang amat sangat dengan kenyataan Muhyiddin Yassin yang menggesa belia di negara ini bersatu untuk mengelakkan pertembungan berdarah antara kaum seperti rusuhan 1969.

“Kita tidak mahu 13 Mei berulang,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Kenapa Kit Siang begitu kalut dan terasa amat sangat apabila ada pihak yang bercakap tentang 13 Mei 1969?

Jika beliau tiada apa-apa yang hendak disembunyikan daripada rakyat tentang 13 Mei 1969, Lim Kit Siang DAP tidak sepatutnya sengaja menimbulkan ‘persoalan politik’ kononnya ‘mungkin mengandungi ancaman halus kepada pengundi bahawa tragedi itu akan berulang lagi jika Umno hilang kuasa.’

DAN apakah adil jika Lim Kit Siang DAP mengungkit nama UMNO tetapi dalam masa yang sama, Muhyiddin Yassin hanya menyebut 13 Mei 1969 tanpa mengungkit nama DAP di dalam kenyataan beliau itu?

Lim Kit Siang DAP mendakwa akan bekerjasama dengan BN untuk mencegah berulangnya 13 Mei 1969 tetapi dalam masa yang sama, beliau cuba menimbulkan keraguan ke atas keikhlasan kepimpinan UMNO.

Inikah sikap veteran politik DAP yang mahu ‘berjanji bekerjasama dengan BN’ ?

Satu lagi kenyataan Kit Siang DAP yang tidak ikhlas ialah :

Tetapi Lim berkata landskap politik dan sosial di Malaysia telah berubah dengan ketara sejak pertembungan (13 Mei 1969), menunjuk kepada kelahiran Pakatan Rakyat (PR), sebuah gabungan tiga parti – DAP, PKR dan PAS – yang katanya menggalakkan berbilang kaum.
Persoalannya, kenapa Lim Kit Siang DAP tidak mahu merujuk kepada sejarah Malaysia serta mengaku bahawa sebelum PR, Parti Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional, telah lama lahir berlandaskan perkongsian kuasa di antara pelbagai kaum?

Egoistik? Berdendam?

DAN bolehkah Lim Kit Siang DAP berkongsi dengan rakyat terutamanya generasi muda tentang peranan beliau dan berlakunya 13 Mei 1969? - novandri

 


Scroll To Top