klpost

kemenangan Barisan Nasional Penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

TASEK GELUGOR:   Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk A. Samad Said yakin rakyat akan turun ke jalan raya dengan jumlah lebih ramai dari Bersih 3.0 sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti hasil penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Maka sebab itu, katanya Bersih cuba mencadangkan agar semua lapan tuntutan Bersih 3.0 diterima dengan sebulat suara demi masa depan negara seiring dengan zaman kebebasan untuk rakyat bersuara.   “Itu saja jalannya,” jawab beliau ringkas terhadap soalan sekiranya PRU13 memihak kepada Barisan Nasional (BN) apakah tindakan rakyat selanjutnya yang ditanya oleh seorang peserta Program Rakyat: Ke Arah Pilihanraya Bersih  yang diadakan di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth semalam.   Katanya, daripada lapan tuntutan Bersih 3.0 hanya satu tuntutan ditolak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) iaitu berkaitan masa kempen yang panjang kepada 21 hari dengan alasan tempoh tersebut terlalu lama.

Walau bagaimana pun tempoh  kempen yang sebelum ini 7 hari dilanjutkan kepada 10 hari.   Namun, ujarnya cadangan yang dikemukakan oleh PSC ke Parlimen seolah-olah tidak mendapat perhatian, maka tiada jalan lain melainkan rakyat beramai-ramai turun ke padang atau jalan raya bagi menyatakan tidak setuju dengan perjalanan pilihan raya yang  dikendalikan oleh SPR – Suara Pakatan Rakyat