klpost

Kematian Shashi Kapoor: BBC minta maaf

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page


Portal berita antarabangsa, BBC memohon maaf selepas menunjukkan dua klip video pelakon yang salah ketika melaporkan kematian Shashi Kapoor.

Kelmarin, dua klip video yang dimainkan penyampainya Huw Edwards mengumumkan pelakon Bollywood meninggal dunia berusia 79 tahun.

Tetapi kedua-dua pelakon yang disiarkan adalah anak saudara Shashi iaitu Rishi Kapoor dan seorang lagi pelakon terkenal Bollywood  Amitabh Bachchan.

Susulan itu, editor program Paul Royall meminta maaf di Twitter kerana kesalahan itu.

 

Bagaimanapun, kesilapan itu telah dikritik oleh beberapa pelakon di media sosial.

Dalam satu kenyataan, BBC berkata, berita BBC sangat menyesal tentang kesilapan tersebut yang digunakan untuk menandakan kematian Shashi Kapoor.

“Kesilapan amat dikesali dan BBC meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Aasmah Mir, yang membawakan Saturday Live di BBC Radio 4, turut menyatakan kekesalannya di atas kesilapan itu. – BBC