klpost

Kemalangan jalan raya – 5 maut

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM 10 Sept. – Lima termasuk tiga wanita yang menaiki sebuah kereta maut selepas kenderaan mereka bertembung dengan sebuah lori muatan tiga tan di Kilometer 70 Jalan Teluk Intan-Klang, Sekinchan, Sabak Bernam, dekat sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Honda City berkenaan yang datang dari arah Teluk Intan, Perak dipercayai menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, dekat sini.

Tiga yang maut merupakan anak beranak iaitu Yeap Chin Hong, 52, (bapa), Yeap Chen Wee, 25, (anak perempuan) dan Yeap Soon Keong, 19, (anak lelaki). Dua lagi ialah rakan wanita Chen Wee iaitu Ling Siew Mooi, 26, dan Lin Li Min, 26. – Utusan