klpost2

Keldai berbungkus syabu dicekup

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

KUANTAN  –  Cubaan seorang lelaki India menyeludup lima kilogram syabu bernilai RM1 juta gagal apabila dia ditahan ketika menjalani pemeriksaan bagasi di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah (LTSAS) di sini Rabu lalu.

Menurut Kosmo,  keldai dadah berusia 37 tahun tersebut sebelum itu berjaya membolosi pemeriksaan di tiga buah lapangan terbang masing-masing di Calcutta, India; Changi, Singapura dan Sepang, Selangor.

Pengarah Kastam Diraja Malaysia Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata, suspek memulakan penerbangan dari Calcutta ke Lapangan Terbang Changi sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Katanya, suspek yang meneruskan perjalanan ke LTSAS bagaimanapun diberkas apabila pemeriksaan bagasi menemui dadah berkenaan dalam beg pakaian yang dibawanya.

“Suspek yang masuk ke negara ini sebagai pelancong berjaya melepasi pemeriksaan di tiga lapangan terbang sebelum itu.

“Bagaimanapun, buruh itu akhirnya berjaya diberkas selepas kita menerima maklumat awam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.