Wednesday , 17 September 2014

Kelantan destinasi terbaik – Bersih 4.0

Professional valet service for all event
http://nusapark.com/

Nampaknya Menteri Besar Kelantan begitu ghairah untuk menganjurkan Bersih 4.0 selepas rusuhan Bersih 3.0 menarik perhatian banyak pihak. Dan semalam Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula menjangkakan seramai 1 juta orang akan hadiri Bersih 4.0 yang dijangka bulan Julai nanti.

Bagi saya, tidak kisah berapa banyak kali Perhimpunan Bersih mahu diadakan selagi lokasi perhimpunan tidak mengganggu kehidupan orang lain.

Dalam perhimpunan Bersih 3.0, penganjur Bersih dan pakatan pembangkang mahu berhimpun di Dataran Merdeka kerana menganggapnya milik awam. Tetapi apa yang mereka ‘persetankan’ adalah hak pengguna jalanraya yang membayar cukai jalan juga. Jalan keluar masuk Kuala Lumpur cukup sesak dan terpaksa ditutup hanya semata-mata untuk memenuhi nafsu politik mereka. Tawaran beberapa stadium utama juga di’bakulsampah’kan.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya Bersih 4.0 diadakan di Kelantan. Ianya nya lebih banyak memberi manfaat kepada semua pihak. Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan PAS sudah tentu boleh menjadikan Bersih 4.0 sebagai demo-tourism seperti yang dikatakan oleh Menteri Besar Pahang ketika himpunan Hijau di Kuantan sebelum ini. Sudah tentu ianya membawa keuntungan ekonomi kepada rakyat Kelantan.

Dan yang paling penting, warga kota Kuala Lumpur tidak lagi menderita akibat penganjuran perhimpunan haram dan rusuhan Bersih lagi.

Bukankah ini jalan terbaik ? Fikir-fikirkan lah.

Oleh: Exco Kelab Chedet

 

Scroll To Top