klpost

Kegagalan Khir Toyo dan Kemenangan Khalid Ibrahim

Decrease Font Size Increase Font Size Text Size Print This Page

SHAH ALAM – Program Pemberian Air Percuma yang membolehkan rakyat menikmati 20 meter padu pertama secara percuma adalah bukti keupayaan Kerajaan Negeri mengurus air dengan baik, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, ia juga menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri memastikan industri air di Malaysia diurus dengan menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

“Secara purata, keluarga yang mendiami rumah bertanah di Selangor menikmati penjimatan RM1,200 setahun sejak program ini diperkenalkan pada Jun 2008

“Manakala keluarga yang tinggal di rumah bertingkat pula menikmati penjimatan secara purata hampir RM900 setahun dalam tempoh itu,” ujarnya.
Kerajaan Negeri katanya, telah membekukan cadangan untuk menaikkan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sebanyak dua kali iaitu untuk 2009 dan 2012.

“Kerajaan Selangor telah membelanjakan RM550 juta setakat ini untuk Program Pemberian Air Percuma. Namun begitu, kerajaan negeri masih berupaya meningkatkan rezab negeri kepada RM2.1 billion pada 2012 berbanding hanya RM400 juta pada 2008.

“Ini adalah hasil dasar kewangan mesra rakyat yang mematuhi prinsip-prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor membuat banyak usaha untuk memastikan rakyat berhak untuk berkongsi keuntungan, aset dan sumber negeri,” tegasnya. – Keadilan